Tuesday, 4 February 2014

- Nazatul Ain -


Okay ada satu perkembangan untuk semua ahli spy, mohon baca 4 kali ulang tanpa henti. Tolong hati-hati di luar sana. Tolong hati-hati di luar sana. Tolong hati-hati di luar sana. Tolong hati-hati di luar sana.
Rasanya separuh tak tau pasal Nazatul Ain yang hampir di'ambil' oleh Rizman Arif iaitu musuh kita zaman berzaman. Bilalah dia nak insaf? Bilalah dia nak berhenti buat kerja-kerja ni? Kuasa tuhan merubah segalanya suatu hari nanti :')
Nazatul Ain, rakan baik Hazira di sekolah agama. Nama sekolah agama tu Sekolah Agama Al-Jannah. Mohon jangan bagitau siapa-siapa pun pasal perkembangan ni. Nama pun spy, kena perahsia dalam setiap perkara. Eh cewah-cewah-cewah.
Nazatul Ain adalah seorang gadis yang tabah & comel sekali. Dia berbuat salah seperti Nina yang mengacau bekas teman wanita Rizman yang bernama Syafiya Nursyuhada pada masa dahulu. Setelah 4 tahun Rizman mencari Nazatul, akhirnya dia menjumpai Nazatul dan meng'ambil'nya masuk kedalam lori aiskrimnya. 
Syukur alhamdulillah kerana Hazira dan kawan-kawannya melaporkannya kepada ustazah di sekolah agama tersebut. Rizman terus melepaskan Nazatul mengikut pintu belakang lori itu tanpa pengetahuan semua. Dia sempat mengugut supaya tidak memberitahu kepada sesiapapun. Nazatul hanya menceritakannya kepada Hazira dan Hazira menceritakan kepada Q.O.W.
Terima kasih berbanyak kepada Hazira kerana menceritakannya kepada kami. Kami akan sentiasa peka dengan mangsa-mangsa Rizman. Semoga semua berhati-hati dan jangan lupa tutup telefon anda pada pukul 8:00 malam sehingga 1:00 pagi. 
Pada malam ini, anda perlu tutup telefon anda pada pukul 8:00 malam sehingga 10:00 malam sahaja kerana Fahrid ingin berjumpa dengan Rizman.
Entri dari ,
EYRA